PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014
SSI 3013 INFORMATION AND
COMMUNICATION TECHNOLOGY IN SCIENCE
TUGASAN 3
DISEDIAKAN OLEH
|
NAMA
|
NO.
MATRIK
|
NO.
TELEFON
|
|
SUTINA
BT AHMAD
|
D20112052312
|
013-8240475
|
KUMPULAN: UPSI 01 ( A131PJJ)
NAMA PENSYARAH: ENCIK AZMI BIN IBRAHIM
Pengenalan
Ada banyak kaedah-kaedah pengajaran yang
boleh digunakan oleh guru untuk mejadikan pengajaran seseorang guru itu lebih menarik, berkesan
dan sebagainya. Kaedah-kaedah itu terletak di atas satu kontinum yang melibatkan
murid-murid belajar secara langsung.
Diantara kaedah-kaedah yang ada ialah
seperti kaedah syarahan, bercerita, projek, simulasi, demonstrasi dan
sebagainya.
Kaedah simulasi.
Simulasi adalah suatu pengajaran yang
sangat berkesan. Pengunaan kaedah simulasi membolehkan para guru mencapai
objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap.
Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan
kreativiti.
Simulasi ini adalah juga suatu situasi
pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan
situasi yang sebenar. Tujuannya ialah untuk menjalankan latihan demi untuk
menyelesaikan masalah.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar
berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal
dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang
ditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang ditimbukan itu melibatkan satu
kajian yang rumit,masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di
alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya.
Jenis-jenis simulasi.
Kaedah simulasi ini ada dua. Dua jenis ini
lah yang biasa di gunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.
Dua jenis yang di maksudkan ialah sosiodrama
dan main peranan.
Menurut Noraini Ishak dalam tulisan beliau bertajuk
“Teori-teori Yang Boleh Diguna Atau
Diadaptasi Bagi Setiap Masalah” bertarikh 5 Disember
2009, pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan kaedah simulasi ini adalah satu
gambaran abstrak tentang situasi
sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama
sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan masalah atau
isu-isu yang berkaitan. Ia juga merupakan satu
situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan
sebenar dengan cara menggunakan
masalah-masalah yang benar-benar wujud atau
menyediakan situasi-situasi yang benar-benar
wujud di dalam keadaan yang terkawal.
Sosiodrama.
Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti
lakonan yang menarik, ianya adalah berdasarkan sesuatu cerita yang
menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang
sosial. Oleh kerana sosiodrama adalah merupakan aktiviti lakonan yang
berdasarkan cerita yang lengap pada kebiasaannya skrip lakonan akan di sediakan
lebih awal agar ianya dapat di fahami, di baca, dan membuat persediaan oleh
pelajar-pelajar yang dipilih untuk melakonkan ssuatu watak yang di berikan oleh
guru.
Main peranan.
Main peranan adalah merupakan satu lakonan
yang spontan yang melibatkan sekumpulan pelajar tanpa menggunakan sebarang
skrip, ianya adalah merupakan lakonan yang berdasarkan kepada satu masalah yang
timbul pda ketika itu. Biasanaya, di dalam aktiviti main peranan pelajar
membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan sitiasi yang di
bayanngkan tadi dengan secara sepontan.
Aktiviti main peranan ini bermula daripada
suatu situasi yang direka dan ditimbulkan oleh guru. Sebelum mengadakan
aktiviti main peranan ini pada kebiasaannya keterangan yang ringkas mengenai
objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi ini akan
dihuraikan oleh guru. Setelah menerangkan secara ringakas tadi baharulah
guru memilih sesiapa yang berminat untuk
melakonkan situasi tersebut. Oleh kerana aktiviti main peranan ini merupakan
satu lakonan yang di lakukan secara spontan masa yang di berikan hendaklah
pendek sahaja iaitu sekitar 5-7 minit sahaja. Setelah selesai penilaian hendaklah
dibuat di dalam bilik darjah.
Kita ambil contoh dalam subjek sains
tingkatan 1 bertajuk susunan zarah dalam tiga keadaan jirim.
Eksperimen Inkuiri: Susunan dan pergerakan
zarah dalam tiga keadaan jirim.
Tujuan: Membuat simulasi tentang susunan
dan pergerakan zarah dalam tiga keadaan jirim.
Bahan: Batang kayu, bekas,guli

Prosedur:
1. Masukkan biji-biji guli ke dalam setiap
bahagian dalam bekas seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
2. Perhatikan susunan guli pada setiapn
bahagian.
3. Goyang bekas itu dan perhatikan cara
guli-gul dalam setiap bahagian itu bergerak.
Disamping contoh di atas, kita juga juga boleh
meminta pelajar untuk memainkan peranan di luar kelas . Misanya pelajar
dibahagikan dalam tiga kumpulan.
Kumpulan pertama seramai 20 orang, kumplan kedua seramai 10 orang dan
kumpulan ketiga seramai lima orang.
Setiap kumpulan diletakkan di dalam petak
yang sama saiz. Kemudian pelajar diminta untuk bergerak di dalam kawasan
masing-masing sahaja. Kemudian guru
boleh lah membuat aktiviti perbincangan dengan pelajar dengan mengaitkan dengan
susunan dan pergerakan tiga keadaan jirim.
Kaedah simulasi ini dapat menarik minat
pelajar terhadap topik-topik yang berkaitan.
Ianya juga dapat memberi motivasi kepada pelajar supaya lebih berdikari
dan berani bercakap dikhalayak ramai.
Untuk mencapai tujuan ini, guru haruslah
melibatkan semua pelajar supaya dapat meningkatkan tahap pemahaman dan juga
yakin diri pelajar.
Contoh lain untuk aktiviti simulasi ini
ialah lakonan. Contoh tajuk yang dapat
digunakan ialah tajuk Kuantiti Fizik dan unit S.I. Kita ambil contoh tajuk kecil jisim dan
berat. Pelajar diminta untuk membuat lakonan di kedai runcit, jadi mereka harus
menggunakan alat penimbang dan pengukur yang sesuai. Guru harus memantau bacaan pada penimbang dan juga ukuran bacaan
pada pembaris meter supaya aktiviti simulasi ini berkesan.
Prinsip-prinsip menggunakan simulasi.
Jika hendak menggunakan kaedah simulasi ini
di dalam bilik darjah dengan berkesan maka guru haruslah memahami dan mematuhi
prinsip-prinsip berikut terlebih dahulu:-
1- Guru hendaklah merancang situasi yang
bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas.
2- Sebelum menjalankan aktiviti lakonan,
peneranagan yang ringkas tentnag masalah, peranan watak-watak dan tempoh masa
sesi simulasi hendaklah diberikan.
3- Pilih pelajar-pelajar yang telah mahir dalam peraturan sebagai
pelakon. Ini akan menjamin aktiviti
lakonan dapat dijalankan dengan lancar.
4- Bagi sosiodrama, skrip lakonan hendaklah
disediakan dan diedarkan kepada mereka yang dipilih untuk terlebih dahulu.
5- Jika perlu, sediakan alatan seperti
topeng-topeng untuk pelakon.
6- Semasa sesi simulasi, [astikan para pelajar
yang lain menjadi penonton benar-benar menumpukan perhatian terhadap aktiviti
lakonan itu
7- Selepas sesi simulasi, guru hendaklah
meminta mereka memberi pandangan tentang cara penyelesaian masalah seperti yang
ditunjukkan dalam lakonan.
8- Suatu rumusan harus dicapai melalui
perbincangan di antara pelajar pada akhir waktu pelajaran.
Tujuan-tujuan simulasi.
-
Untuk menguasi kemahiran : simulasi melatih bertutur secara spontan
melalui aktiviti lakonan. Ianya juga melatih murid kemahiran menyusun ayat dan
menggunakan sebutan yang tepat.
-
Untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis : semasa menjalankan aktiviti lakonan,
murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk
menggambarkan cara penyel Untuk membina sikap positif : memalui simulasi
yang di lakonkan, konflik sosial itu dapat diselesaikan. Sikap atau tingkah
laku yang negatif akan dapat diubah dan sikaf yang positif akan dapat dibentuk
dan dipupuk.
-
Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif : melalui aktiviti lakonan berdasarkan isi
pelajaran pendidikan moral, murid-murid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap
orang lain.
-
Untuk membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik
darjah : misalnya, untuk menjelaskan konsep ‘drmokrasi’ murid-murid boleh
melakonkan sebagai pengundi-pengundi dalam situasi pilihanraya yang direka.
-
Untuk mempelbagai aktiviti pembelajaran : simulasi meruakan suatu teknik mengajar
tambahan yang juga boleh membantu murid-murid mempertingkatkan penguasaan
kemahiran bahasa dengan berkesan.
Kelebihan simulasi.
·
Memberi peluang kepada murid memikirkan cara
penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan.
·
Murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran
pertuturan mereka.
·
Simulasi merupakan satu teknik pembelajaran yang
menarik dan seronok, dan membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan.
·
Murid-murid dapat dilatih berlakon dengan gaya yang
betul.
·
Mereka akan dilatih untuk menghadapi situasi
bermasalah yang sebenar.
·
Selain menggalakkan interaksi di antara murid-murid,
ianya juga memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai
moral yang baik, seterusnya mengubah sikap negatif dan membina sikap positif.
·
Dengan menggunakan teknik simulasi, banyak situasi di
luar bilik darjah dapat ditunjukkan dalam bilik darjah.
·
Secaratidak langsung,bakat lakonan murid dapat diasah.
Kelemahan simulasi.
·
Perasaan gelisah yang mungkin timbul di kalangan murid
yang tidak pernah ada pengelaman berlakon.
·
Prestasi pelakon yang kurang menarik akan menimbulkan
perasaan bosan di kalangan penonton yang mungkin membuat bising atau akan
mengejek kesilapan yang di lakukan oleh pelakon-pelakon.
·
Hanya murid-murid yang terlibat di dalam lakonan
sahaja mendapat pengelaman secara langsung dan faedah-faedah berlakon.
·
Penilaian prestasi pelakon dan membuat rumusan tidak
mudah untuk dilakukan.
Perlaksanaan aktiviti simulasi.
Perlaksanaan simulasi ini terbahagi kepada
tiga peringkat iaitu: peringkat sebelum simulasi, peringkat perlaksanaan
simulasi, dan peringkat selepas simulasi.
Peringkat sebelum simulasi.
-
Objektif pembelajaran. Guru hendaklah menentukan
objektif pembelajaran yang hendak dicapai.
-
Kemahiran. Guru mengenal pasti kemahiran yang akan
menjadi fokus.
-
Penyerapan nilai. Guru menentukan jenis penilaian yang
akan didunakan.
-
Penilaian. Guru menentukan jenis penilian yang akan
digunakan dalam simulasi.
-
Pengukiuhan dan pengayahan. Guru perlu memikirkan
jenis aktiviti pengukuhan dan pengayaan.
-
Alatan. Guru memastikan bahawa semua alatan yang
dipelukan telah disediakan.
Peringkat perlaksanaan simulasi.
-
Adakan set induksi untik menarik minat murid.
-
Bacakan arahan dengan jelas.
-
Pecahkan kelas kepada beberapa kumpulan.
-
Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil
bahagian.
-
Minta murid cuba memahmi tugas yang diberikan kepada
mereka.
-
Setiap kumpulan menjalankan simulasi berkenaan.
-
Murid yangh lain akan mencatatkan dan memerhatikan
aktiviti simulasi yang diadakan.
-
Diakhir simulasi penilaian dijalan kan.
Peringkat selepas simulasi.
-
Guru berbincang dengan murid tentang masalah yang
dikemukakan.
-
Menulis laporan tentang maslah itu.
-
Menulis semula dialog yang digunakan dalam simulasi.
-
Menyediakan carta aliran bagi menjelaskan konsep yang
ditonjolkan.
Kesimpulan
Guru-guru harus menggunakan pelbagai kaedah
pengajaran yang menarik supaya dapat menarik minat pelajar untuk memahami tajuk
yang diajar. Kaedah simulasi adalah
antara kaedah yang dapat menarik minat dan memberi motivasi kepada pelajar
supaya yakin diri.
Rujukan
-
Ang Huat Bin.2001. Konsep Dan Kaedah Pengajaran Dengan
Penekanan Pendidikan Inklusif. Utusan Publication&Distributions Sdn. Bhd.
Selangor Darul Ehsan.
-
Ee Ah Meng.1999. Pedagogi 2 Perlaksanaan Pengajaran.
Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.
-
Mok Soon Sang. 2004. Ilmu Pendidikan Untuk Krusus
Perguruan Lepas Ijazah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
-
Mok Soon Sang.2006. Nota Pengurusan
Pengajaran-Pembelajaran. Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment