Tuesday, January 21, 2014

tugasan 3

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014
SSI 3013 INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY IN SCIENCE
TUGASAN 3


DISEDIAKAN OLEH
NAMA
NO. MATRIK
NO. TELEFON
SUTINA BT AHMAD
D20112052312
013-8240475

KUMPULAN:  UPSI 01 ( A131PJJ)
NAMA PENSYARAH:  ENCIK AZMI BIN IBRAHIM




Pengenalan
Ada banyak kaedah-kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mejadikan pengajaran  seseorang guru itu lebih menarik, berkesan dan sebagainya. Kaedah-kaedah itu terletak di atas satu kontinum yang melibatkan murid-murid belajar secara langsung.
Diantara kaedah-kaedah yang ada ialah seperti kaedah syarahan, bercerita, projek, simulasi, demonstrasi dan sebagainya.
Kaedah simulasi.
Simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan. Pengunaan kaedah simulasi membolehkan para guru mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap. Kaedah simulasi ini juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti.
Simulasi ini adalah juga suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar. Tujuannya ialah untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan masalah.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, yang mana masalah-masalah yang ditimbukan itu melibatkan satu kajian yang rumit,masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah dan sebagainya.

Jenis-jenis simulasi.
Kaedah simulasi ini ada dua. Dua jenis ini lah yang biasa di gunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah. Dua jenis yang di maksudkan ialah sosiodrama  dan main peranan.
Menurut Noraini Ishak dalam tulisan beliau bertajuk “Teori-teori Yang Boleh Diguna Atau
Diadaptasi Bagi Setiap Masalah” bertarikh 5 Disember 2009, pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan kaedah simulasi ini adalah satu gambaran abstrak tentang situasi
sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan masalah atau isu-isu yang berkaitan. Ia juga merupakan satu
situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan
masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benar
wujud di dalam keadaan yang terkawal.

Sosiodrama.
Sosiodrama adalah merupakan satu aktiviti lakonan yang menarik, ianya adalah berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang sosial. Oleh kerana sosiodrama adalah merupakan aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengap pada kebiasaannya skrip lakonan akan di sediakan lebih awal agar ianya dapat di fahami, di baca, dan membuat persediaan oleh pelajar-pelajar yang dipilih untuk melakonkan ssuatu watak yang di berikan oleh guru.
Main peranan.
Main peranan adalah merupakan satu lakonan yang spontan yang melibatkan sekumpulan pelajar tanpa menggunakan sebarang skrip, ianya adalah merupakan lakonan yang berdasarkan kepada satu masalah yang timbul pda ketika itu. Biasanaya, di dalam aktiviti main peranan pelajar membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan sitiasi yang di bayanngkan tadi dengan secara sepontan.
Aktiviti main peranan ini bermula daripada suatu situasi yang direka dan ditimbulkan oleh guru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini pada kebiasaannya keterangan yang ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi ini akan dihuraikan oleh guru. Setelah menerangkan secara ringakas tadi baharulah guru  memilih sesiapa yang berminat untuk melakonkan situasi tersebut. Oleh kerana aktiviti main peranan ini merupakan satu lakonan yang di lakukan secara spontan masa yang di berikan hendaklah pendek sahaja iaitu sekitar 5-7 minit sahaja. Setelah selesai penilaian hendaklah dibuat di dalam bilik darjah.
Kita ambil contoh dalam subjek sains tingkatan 1 bertajuk susunan zarah dalam tiga keadaan jirim.
Eksperimen Inkuiri: Susunan dan pergerakan zarah dalam tiga keadaan jirim.
Tujuan: Membuat simulasi tentang susunan dan pergerakan zarah dalam tiga keadaan jirim.
Bahan: Batang kayu, bekas,guli

https://encrypted-tbn2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSE4mG0OQnDztAa6_aP-Wm7jf6l8ci8W-57cDAmStrAhmQrOzjW1JAOrpI
Prosedur:
1.       Masukkan biji-biji guli ke dalam setiap bahagian dalam bekas seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
2.      Perhatikan susunan guli pada setiapn bahagian.
3.      Goyang bekas itu dan perhatikan cara guli-gul dalam setiap bahagian itu bergerak.
Disamping contoh di atas, kita juga  juga boleh  meminta pelajar untuk memainkan peranan di luar kelas . Misanya pelajar dibahagikan dalam tiga kumpulan.  Kumpulan pertama seramai 20 orang, kumplan kedua seramai 10 orang dan kumpulan ketiga seramai lima orang.
Setiap kumpulan diletakkan di dalam petak yang sama saiz. Kemudian pelajar diminta untuk bergerak di dalam kawasan masing-masing sahaja.  Kemudian guru boleh lah membuat aktiviti perbincangan dengan pelajar dengan mengaitkan dengan susunan dan pergerakan tiga keadaan jirim.
Kaedah simulasi ini dapat menarik minat pelajar terhadap topik-topik yang berkaitan.  Ianya juga dapat memberi motivasi kepada pelajar supaya lebih berdikari dan berani bercakap dikhalayak ramai.
Untuk mencapai tujuan ini, guru haruslah melibatkan semua pelajar supaya dapat meningkatkan tahap pemahaman dan juga yakin diri pelajar.

Contoh lain untuk aktiviti simulasi ini ialah lakonan.  Contoh tajuk yang dapat digunakan ialah tajuk Kuantiti Fizik dan unit S.I.  Kita ambil contoh tajuk kecil jisim dan berat. Pelajar diminta untuk membuat lakonan di kedai runcit, jadi mereka harus menggunakan alat penimbang dan pengukur yang sesuai.  Guru harus memantau  bacaan pada penimbang dan juga ukuran bacaan pada pembaris meter supaya aktiviti simulasi ini berkesan.




Prinsip-prinsip menggunakan simulasi.
Jika hendak menggunakan kaedah simulasi ini di dalam bilik darjah dengan berkesan maka guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip berikut terlebih dahulu:-
1-      Guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas.
2-      Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, peneranagan yang ringkas tentnag masalah, peranan watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan.

3-      Pilih pelajar-pelajar  yang telah mahir dalam peraturan sebagai pelakon. Ini akan menjamin  aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar.

4-      Bagi sosiodrama, skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada mereka yang dipilih untuk terlebih dahulu.


5-      Jika perlu, sediakan alatan seperti topeng-topeng untuk pelakon.

6-      Semasa sesi simulasi, [astikan para pelajar yang lain menjadi penonton benar-benar menumpukan perhatian terhadap aktiviti lakonan itu


7-      Selepas sesi simulasi, guru hendaklah meminta mereka memberi pandangan tentang cara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan.

8-      Suatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara pelajar pada akhir waktu pelajaran.

Tujuan-tujuan simulasi.
-       Untuk menguasi kemahiran : simulasi melatih bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan. Ianya juga melatih murid kemahiran menyusun ayat dan menggunakan sebutan yang tepat.
-       Untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis : semasa menjalankan aktiviti lakonan, murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk menggambarkan cara penyel Untuk membina sikap positif : memalui simulasi yang di lakonkan, konflik sosial itu dapat diselesaikan. Sikap atau tingkah laku yang negatif akan dapat diubah dan sikaf yang positif akan dapat dibentuk dan dipupuk.

-       Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif : melalui aktiviti lakonan berdasarkan isi pelajaran pendidikan moral, murid-murid dapat menghayati nilai-nilai dan sikap orang lain.

-       Untuk membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah : misalnya, untuk menjelaskan konsep ‘drmokrasi’ murid-murid boleh melakonkan sebagai pengundi-pengundi dalam situasi pilihanraya yang direka.

-       Untuk mempelbagai aktiviti pembelajaran : simulasi meruakan suatu teknik mengajar tambahan yang juga boleh membantu murid-murid mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa dengan berkesan.

Kelebihan simulasi.
·         Memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan.
·         Murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan mereka.
·         Simulasi merupakan satu teknik pembelajaran yang menarik dan seronok, dan membawa kepada suasana pembelajaran yang berkesan.
·         Murid-murid dapat dilatih berlakon dengan gaya yang betul.
·         Mereka akan dilatih untuk menghadapi situasi bermasalah yang sebenar.
·         Selain menggalakkan interaksi di antara murid-murid, ianya juga memberi kesempatan kepada murid-murid untuk menghayati nilai-nilai moral yang baik, seterusnya mengubah sikap negatif dan membina sikap positif.
·         Dengan menggunakan teknik simulasi, banyak situasi di luar bilik darjah dapat ditunjukkan dalam bilik darjah.
·         Secaratidak langsung,bakat lakonan murid dapat diasah.

Kelemahan simulasi.
·         Perasaan gelisah yang mungkin timbul di kalangan murid yang tidak pernah ada pengelaman berlakon.

·         Prestasi pelakon yang kurang menarik akan menimbulkan perasaan bosan di kalangan penonton yang mungkin membuat bising atau akan mengejek kesilapan yang di lakukan oleh pelakon-pelakon.


·         Hanya murid-murid yang terlibat di dalam lakonan sahaja mendapat pengelaman secara langsung dan faedah-faedah berlakon.

·         Penilaian prestasi pelakon dan membuat rumusan tidak mudah untuk dilakukan.

Perlaksanaan aktiviti simulasi.
Perlaksanaan simulasi ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu: peringkat sebelum simulasi, peringkat perlaksanaan simulasi, dan peringkat selepas simulasi.

Peringkat sebelum simulasi.
-       Objektif pembelajaran. Guru hendaklah menentukan objektif pembelajaran yang hendak dicapai.
-       Kemahiran. Guru mengenal pasti kemahiran yang akan menjadi fokus.
-       Penyerapan nilai. Guru menentukan jenis penilaian yang akan didunakan.
-       Penilaian. Guru menentukan jenis penilian yang akan digunakan dalam simulasi.
-       Pengukiuhan dan pengayahan. Guru perlu memikirkan jenis aktiviti pengukuhan dan pengayaan.
-       Alatan. Guru memastikan bahawa semua alatan yang dipelukan telah disediakan.
Peringkat perlaksanaan simulasi.
-       Adakan set induksi untik menarik minat murid.
-       Bacakan arahan dengan jelas.
-       Pecahkan kelas kepada beberapa kumpulan.
-       Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian.
-       Minta murid cuba memahmi tugas yang diberikan kepada mereka.
-       Setiap kumpulan menjalankan simulasi berkenaan.
-       Murid yangh lain akan mencatatkan dan memerhatikan aktiviti simulasi yang diadakan.
-       Diakhir simulasi penilaian dijalan kan.
Peringkat selepas simulasi.
-       Guru berbincang dengan murid tentang masalah yang dikemukakan.
-       Menulis laporan tentang maslah itu.
-       Menulis semula dialog yang digunakan dalam simulasi.
-       Menyediakan carta aliran bagi menjelaskan konsep yang ditonjolkan.
Kesimpulan
Guru-guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang menarik supaya dapat menarik minat pelajar untuk memahami tajuk yang diajar.  Kaedah simulasi adalah antara kaedah yang dapat menarik minat dan memberi motivasi kepada pelajar supaya yakin diri.

Rujukan
-       Ang Huat Bin.2001. Konsep Dan Kaedah Pengajaran Dengan Penekanan Pendidikan Inklusif. Utusan Publication&Distributions Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.
-       Ee Ah Meng.1999. Pedagogi 2 Perlaksanaan Pengajaran. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.
-       Mok Soon Sang. 2004. Ilmu Pendidikan Untuk Krusus Perguruan Lepas Ijazah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
-       Mok Soon Sang.2006. Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran. Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.


DATA LOGING

( APAKAH CABARAN DI DALAM PENGGUNAAN ICT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH

ISI KANDUNGAN                                                                                         MUKA SURAT

1.       PENGENALAN   ...............................................                                            3-4

2.      DASAR UTAMA ICT
DALAM PENDIDIKAN......................................                                              4

3.      PERANAN INTEGRASI ICT DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ............. ..........                                    5
4.     CABARAN-CABARAN DI DALAM PENGGUNAAN
ICT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH
4.1               GURU KURANG KEMAHIRAN ICT..................................................... 6
4.2             SUMBER KEWANGAN YANG TIDAK MENCUKUPI............................... 7
4.3             KEKANGAN MASA DALAM MENGHABISKAN SILIBUS ............... 8
4.4             JURANG ICT DAN DIGITAL ................................................................ 9
4.5             SIKAP NEGATIF PENDIDIK.................................................................. 9

5.      KESIMPULAN ................................................................................................. 10
6.      RUJUKAN ....................................................................................................... 11















Pengenalan
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini.

Masanya juga telah tiba untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sejajar dengan itu, inisiatif pewujudan Sekolah Bestari pada tahun 1999 merupakan langkah yang diharap dapat memberi tempat dan ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dalam sistem pendidikan. Langkah ini diharap dapat merapatkan jurang digital di antara golongan berada yang berupaya menggunakan teknologi di rumah dengan golongan kurang berada. Kemudahan ini dapat memberikan peluang kepada semua pelajar meneroka, menguasai dan memperkembangkan pelbagai kemahiran dalam ilmu pengetahuan secara lebih berkesan dan bermakna dan seterusnya dapat mengaitkan pengetahuan dengan realiti sebenar. Ini akhirnya akan dapat melahirkan generasi berilmu dan bijaksana yang berdaya saing untuk merealisasikan wawasan negara 2020, seterusnya membentuk tamadun yang lebih maju.

Menurut Tajul Ariffin dan Nor’Aini (2002) kejayaan negara yang bertitik-tolak dari pembentukan modal insan yang cemerlang sentiasa berkait rapat dengan kejayaan dalam bidang pendidikan. Integrasi teknologi dalam bidang pendidikan dilihat membantu pelajar dan juga guru untuk memantapkan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P).Selain dari itu, pengintegrasian teknologi dalam pendidikan telah membentuk pembelajaran secara autentik yang mana pelajar diberi peluang belajar untuk menyelesaikan masalah berdasarkan tugas dunia sebenar.
Menurut Lombardi (2007), dengan adanya bantuan Internet, visual, dan teknologi simulasi pelajar ijazah pertama boleh menjana kejadian lepas, melihat fenomena, menggunakan instrumen dan boleh berhubung menerusi mentor di serata dunia. Perkara yang penting dalam integrasi teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan P&P dan sebagai satu cara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi kandungan.

Dasar utama ICT dalam pendidikan

Seiring dengan aplikasi ICT dalam pendidikan di Malaysia, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggariskan tiga (3) dasar utama iaitu:


1.    Dasar literasi ICT yang menekankan kemahiran penggunaan kemudahan ICT bagi semua pelajar.

2.    Dasar mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sama ada sebagai kurikulum iaitu dengan mewujudkan subjek Teknologi Maklumat dan Pengkomputeran di sekolah mahupun sebagai alat P&P seperti kemudahan perisian atau internet.


3.    Dasar menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan.
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003)


Merujuk kepada dasar kedua yang digariskan oleh KPM, dapat dilihat bahawa kerajaan amat menitikberatkan integrasi ICT dalam pendidikan amnya dan P&P khususnya dimana setiap fungsi ICT seperti perisian, perkakasan dan sebagainya perlu digunakan secara optimum bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.   


Peranan integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)


Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi misalnya penggunaan perisian Microsoft Power Point ketika membentangkan bahan pengajaran, menterjemahkan isi pengajaran dalam bentuk ilustrasi dan animasi bagi sesuatu topik yang memerlukan pemahaman yang terperinci seperti proses fotosintesis dalam subjek Sains dan sebagainya dilihat berperanan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini kerana teknik pembelajaran yang berkesan adalah melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan (Dick & Reiser, 1989).


Norton dan Winburg (2003) juga berpendapat bahawa ICT berperanan penting dalam proses P&P di sekolah. Walau bagaimanapun, proses P&P yang disertakan dengan kemudahan ICT tetap tidak menidakkan hak guru sebagai fasilitatornya. Selain itu, Hjetland (1995) turut memberikan pendapat bahawa teknologi memudahkan hidup manusia dimana setiap tugasan harian boleh diringkaskan serta berupaya mempertingkatkan prestasi seseorang misalnya guru jika diaplikasikan dalam proses pengajaran.


Selain itu, proses pembelajaran terutamanya dikalangan pelajar bagi memahami dengan lebih mendalam tentang sesuatu ilmu yang diperoleh ketika proses pengajaran dipermudahkan lagi dengan adanya medan maklumat yang luas iaitu internet. Mengikut statistik, pengguna internet di Malaysia pada tahun 1995 meningkat sebanyak 76 000 berbanding tahun 1990 yang mencatatkan jumlah pengguna sebanyak 18 000 orang sahaja (Engkizar, 2010).




CABARAN-CABARAN DI DALAM PENGGUNAAN ICT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH.
1.       GURU KURANG KEMAHIRAN ICT
  Mengikut pemerhatian dan pengalaman sendiri, terdapat sebahagian  guru yang telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar membuat penyesuaian dengan perkembangan teknologi ICT. Ledakan teknologi pendidikan member cabaran baharu kepada profesion guru dan sistem pendidikan di sekolah-sekolah yang masih belum mengalami perubahan drastik dari segi pengadaptasian penggunaan teknologi baharu termasuk computer, digital, elearning dan sebagainya.

Ini juga sebilangan guru yang phobia dengan peralatan ICT, terutamanya bagi guru-guru lama yang kurang pendedahan.  Pihak sekolah seharusnya membuat berinisiatif supaya guru-guru ini diberi peluang mengikuti kursus yang berkaitan dengan ICT yang telah dianjurkan oleh pihak kementerian.  Kebiasaannya, guru baharu dan yang telah mahir dihantar untuk mengikuti kursus.  Namun begitu,pihak sekolah mungkin ada alasan tertentu untuk menghantar guru baharu dan yang telah mahir untuk menghadiri kursus ICT.

Walaupun begitu, guru-guru yang mengalami phobia terhadap peralatan-peralatan ICT diharap dapat memperbaiki setiap kelemahan dalam penggunaan ICT demi untuk kebaikan diri sendiri dan juga para pelajar.  Tunjuk ajar guru yang telah mahir amat diperlukan dalam menangani cabaran ini.

Penggunaan teknologi pendidikan dalam sekolah-sekolah telah membuka perspektif baharu tentang liberalisasi pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada sistem dan organisasi bilik darjah. Kemajuan dan kecanggihan teknologi pendidikan membolehkan pembelajaran menerusi pelbagai kemudahan teknologi diadaptasikan dalam P&P.


2.      Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi

  Pihak sekolah yang tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi membiayai berbagai-bagai kos penggunaan teknologi pendidikan akan kembali kepada pembelajaran konvensional. Kelemahan kepimpinan sekolah yang kurang komited terhadap penggunaan teknologi pendidikan juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus perubahan perdana yang berlaku. Sekolah juga gagal memainkan peranan positif bagi membangunkan pelajar supaya lebih moden dalam penggunaan teknologi pendidikan, terutamanya di kawasan luar Bandar. Perubahan ini akan memberikan cabaran besar terhadap tenaga pengajar. Mereka perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Masalah ini memang telah lama berlaku, bukan kerana tiada kemudahan peralatan ICT tidak disediakan oleh kerajaan, tetapi sekiranya peralatan mengalami masalah atau kerosakan, proses penyelenggaraannya memakan masa terlalu lama atau pun terbiar terbengkalai begitu sahaja.  Ini menyebabkan segala rancangan dalam pengajaran dan pembelajaran pada hari itu tidak dapat dilaksanakan seperti yang dirancangkan.  Jadi terpaksalah guru menggunakan alat bantu mengajar yang lain, adakalanya hanya ‘chalk and talk’. 

Namun begitu, terdapat guru yang agak kurang masalah kewangannya, membeli sendiri peralatan ICT misalnya LCD untuk digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran, ini kerana guru telah bosan dengan alasan tiada peruntukan ataupun kurang peruntukan...apa boleh buat, demi masa depan pelajar dan juga sumbangan untuk negara.

Menurut pandangan saya, pemberian komputer percuma kepada pelajar sekolah yang layak adalah kurang sesuai (maaf kalau saya tersilap).  Ini kerana komputer tersebut hanya akan digunakan oleh pelajar itu sahaja.  Bagaimana pula dengan pelajar lain yang kurang berkemampuan?  Adalah seeloknya, kemudahan komputer tersebut ditempatkan di makmal computer/pusat akses sekolah.  Jadi, semua pelajar boleh menggunakan dan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dalam keadaan yang lebih kondusif jika dibandingkan dengan satu komputer dikongsi oleh enam orang pelajar.

3.Kekangan masa dalam menghabiskan silibus

Antara alasan tidak menggunakan kemudahan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi guru adalah kerana masa yang diambil untuk melayari dan mengakses maklumat daripada sumber maya agak lama sedangkan masa yang diperuntukkan bagi menghabiskan silibus sesuatu mata pelajaran adalah agak terhad walaupun mereka sentiasa bersedia untuk menggunakan kemudahan tersebut (Shiung & Ling, 2005). Tambahan pula, menurut Wiburg (1997), bagi mambina, membangun, mengintegrasi serta menginterpretasi sumber-sumber multimedia adalah agak sukar kerana faktor masa dan sumber yang terhad walaupun keinginan dan kemahiran untuk itu wujud.

4.Jurang ICT dan digital

Faktor ketidakseimbangan masyarakat dari segi taraf hidup, sumber pendapatan, tahap pendidikan, kemudahan infrastruktur, tahap urbanisasi dan sebagainya turut memberi impak kepada kemajuan ICT dan digital. Sebagai contoh, ia telah mewujudkan jurang ICT dan digital yang amat ketara terutamanya di luar bandar dan di antara kaum yang berbeza (Shiung & Ling, 2005).
Hasil daripada jurang yang wujud, kesukaran memastikan integrasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah secara sama rata kepada semua pelajar mahupun guru agak sulit untuk direalisasikan.



5.Sikap negatif pendidik

Kesukaran untuk mengubah persepsi dan kebiasaan sesetengah guru yang sudah serasi dengan teknik pengajaran dan pembelajaran secara tradisional juga menjadi salah satu cabaran kepada integrasi ICT dalam proses P&P (Becker & Watt, 1996). Sebagai contoh, pelaksanaan Sekolah Bestari oleh kerajaan secara tidak langsung telah merubah secara drastik strategi P&P (Bajunid, 2000; Yaacob, 2005), kurikulum sekolah (MMoE, 1997a), latihan kurikulum guru (MMoE, 1999) serta amalan pengurusan pendidikan (MMoE, 1999)  yang sedia ada. Perubahan ini mungkin agak sukar untuk diterima bagi guru-guru terutamanya yang sudah biasa dengan teknik P&P yang lama dan berterusan mengamalkan  teknik pengajaran dan pembelajaran secara konvensional seperti menggunakan buku teks sepenuhnya walaupun begitu banyak dana telah diperuntukkan bagi tujuan merealisasikan hasrat menjadikan teknologi sebagai salah satu medium utama P&P di sekolah (Ahmad, 2005b; Ahmad 1998; Bajunid, 2000; Konting, 2003; Lee, 1999).   























Kesimpulan

Kemajuan teknologi moden adalah salah satu faktor yang turut mempengaruhi pembaharuan pesat berlaku dalam dunia pendidikan. Peranan teknologi semakin dirasakan oleh pelbagai sektor terutama sektor perniagaan, telekomunikasi, pentadbiran dan pendidikan. Dalam bidang pendidikan, kerajaan dan masyarakat awam telah memberikan perhatian mendalam tentang perkara tersebut kerana menyedari hakikat tentang peranan dan fungsi yang boleh dimainkan oleh teknologi dalam pendidikan. Mereka yakin bahawa teknologi boleh membantu mencapai matlamat dan tujuan pendidikan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. Yelland, N. et.all. (1997) mengatakan bahawa teknologi dapat memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar untuk meningkatkan proses pembelajaran. Oleh yang demikian, dalam usaha untuk mengintegrasikan teknologi pendidikan dalam P&P, pelbagai pihak harus bekerjasama bagi memastikan penggunaan teknologi yang sedia ada tidak disalah gunakan oleh mana-mana pihak serta memastikan keberkesanan teknologi dalam proses P&P. Pihak Kementerian Pelajaran harus mewujudkan dana khusus untuk penyediaan prasarana berkaitan teknologi kepada guru dan pendidik serta menyediakan pusat latihan dalam bidang tersebut agar mereka menjadi mahir dalam bidang tersebut. Akhir sekali, pendidik serta pelajar haruslah mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan teknologi dengan lebih berkesan. Setiap individu harus tahu bagaimana untuk menggunakan semua teknologi yang ada supaya tidak bergantung kepada orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah.













RUJUKAN


Integriting Educational Techonolgy into Teaching – second edition (M.D. Roblyer , The state University of West Georgia – Jack Edwards, The Webster School)
Penintegrasian ICT dalam pendidikan, penyelidikan, amalan dan aplikasi, 2008, Norazah Mohd Nordin, Mohamed Amin Embi